29.2 C
Kuala Lumpur
Monday, August 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar jalani prosedur perubatan pada hari lahir ke-79

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan dan prosedur perubatan selama dua hari yang ditetapkan oleh pasukan perubatannya.

    Kenyataan hari ini oleh setiausaha akhbar kanan Anwar, Tunku Nashrul Abaidah, bertepatan dengan ulang tahun ke-79 perdana menteri.

    “Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya

    Dia tidak mengulas lanjut tentang pemeriksaan dan prosedur tersebut.

    Dalam kenyataan berasingan, exco Selangor, Fahmi Ngah, mengeluarkan ucapan selamat hari lahir kepada Anwar di Facebook.

    "Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan kepada YAB Dato' Seri (Anwar) dalam memimpin negara dan melaksanakan tanggungjawab untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia," kata Adun Seri Setia itu.

    MENARIK:  Hasil rampasan jadi bukti status pegangan akidah pengikut GISB - Jakim

    Anwar dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Selain menjadi perdana menteri, du juga merupakan menteri kewangan, Ahli Parlimen Tambun, pengerusi Pakatan Harapan, dan presiden PKR.

    Kerjaya politiknya bermula dalam Umno, apabila menyaksikan namanya meningkat mendadak dan pada satu tahap dilihat sebagai anak didik perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

    Di tengah-tengah krisis kewangan Asia 1998, selepas berbulan-bulan membantah mengenai pandangan mengenai dasar ekonomi, Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan memecatnya daripada Umno atas dakwaan rasuah dan liwat.

    Ini menyebabkan Anwar turun ke jalanan bersama penyokongnya, menjadi pemangkin kepada permulaan gerakan Reformasi di Malaysia dan pembentukan PKR.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah