26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Razlan dakwa Umno tak diberi ruang berperanan di WP

    Shopee Sale

    Ketua Umno Seputeh, Razlan Rafii, mendakwa Umno tidak diberi ruang untuk berperananan di Wilayah Persekutuan sehingga seolah-olah tiada kerajaan yang benar-benar menyantuni rakyat.

    Razlan berkata, kestabilan kerajaan perpaduan hanya akan kekal jika budaya rundingan dan konsensus terus diamalkan.

    "Saya juga menzahirkan kebimbangan tentang keadaan Wilayah Persekutuan hari ini. Seolah-olah tiada kerajaan yang benar-benar menyantuni isu rakyat di sini.

    "Umno bahagian di Wilayah Persekutuan tidak diberi ruang untuk berperananan, sedangkan kita ada jaringan, ada akar umbi, dan sentiasa membawa suara warga kota.

    “Banyak isu tidak dibawa ke atas kerana suara Umno tidak diendahkan,” katanya di media sosial.

    Setiausaha politik kepada Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu menjelaskan gabungan 82 ahli parlimen PH bersama 30 yang lain cukup membentuk kerajaan.

    MENARIK:  Menteri gesa tindakan ke atas beberapa individu hina agama

    Justeru, katanya, BN berhak untuk dilibatkan secara adil dalam segala bentuk perbincangan dan peranancangan sehinggalah membuat keputusan kerajaan.

    "Kestabilan kerajaan perpaduan hanya akan kekal jika budaya rundingan dan konsensus terus diamalkan," katanya.

    Dia juga mengingatkan agar “jangan diulangi kesilapan lalu” dan “suara rakyat perlu diangkat bersama”.

    Bagaimanapun Razlan tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana Umno bahagian di Wilayah Persekutuan tidak diberikan perananan.

    Sementara itu Razlan berkata, segala dasar dan keputusan penting kerajaan mesti dirunding bersama, bukan dibuat secara sebelah pihak.

    Katanya, jika semua pihak benar-benar ikhlas mahu menjayakan kerajaan ini, maka semangat kejujuran dan persefahaman yang menjadi asas pembentukan kerajaan perlu dikekalkan.

    "Jika ada yang menyimpang dari semangat asal, wajarlah perjanjian itu disemak semula agar semua pihak dihormati dan tidak dipinggirkan," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah