29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS lancar serangan baru ke atas Iran

    Shopee Sale

    Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran pada petang Rabu sebagai tindak balas terhadap “percubaan Iran menyerang” pasukan AS di Asia Barat, menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), lapor Anadolu Ajansi.

    “Pasukan AS mula melancarkan serangan ke atas Iran pada 8 malam waktu Timur hari ini. Serangan ini merupakan tindak balas tegas terhadap percubaan Iran semalam untuk menyerang pasukan AS yang ditempatkan di Asia Barat,” menurut CENTCOM menerusi hantaran di platform media sosial X.

    Serangan berkenaan dilakukan beberapa jam selepas Trump berikrar akan mengambil tindakan “amat keras” susulan sebuah kapal tangki LNG milik AS diserang dron di Mesir.

    MENARIK:  Anwar akan jadi antara PM paling lama, ramal Kit Siang

    “Kami akan menyerang mereka dengan sangat keras kerana kini tiba giliran kami untuk bertindak. Mereka tahu serangan itu akan berlaku,” kata Trump.

    Ketegangan antara AS dan Iran meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Washington melancarkan serangan ke atas Iran, manakala Tehran pula menyasarkan kemudahan serta aset ketenteraan AS di beberapa negara di rantau berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah