28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai pembocor maklumat terkemuka pilih media dulu, kata Kua

    Shopee Sale

    Aktivis hak asasi manusia, Kua Kia Soong, hari ini menekankan perananan penting yang dimainkan oleh pembocor maklumat dan media untuk mendedahkan keterlanjuran sesebuah kerajaan dan rasuah.

    Kata Kua, biasanya seseorang memilih menemui media untuk mendedahkan sebarang kecurangan selepas aduan biasa yang dibuat mengikut saluran biasa tidak memberi kesan yang diharapkan.

    Mereka, katanya, melakukan itu dengan berdepan risiko besar termasuk melibatkan nyawa dan punca pendapatan.

    "Mereka biasanya beralih kepada laporan awam hanya selepas aduan secara dalaman kepada agensi kerajaan tidak diendahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bekas ahli parlimen itu turut memetik beberapa beberapa contoh dari AS seperti melibatkan Mark Felt - yang menggunakan nama Deep Throat sebagai samaran - mendedahkan salah laku Presiden Richard Nixon dalam skaldal Watergate pada awal 1970-an.

    Felt merupakan Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menggunakan akhbar The Washington Post sebagai wadah pendedahan penyelewengan Nixon.

    Turut dijadikan contoh oleh Kua ialah kes melibatkan bekas penganalisis pertahanan Daniel Ellsberg, penganalisis perisikan tentera AS, Chelsea Manning, dan perisik serta pendedah maklumat, Edward Snowden.

    Ellsberg pada 1971 mendedahkan melalui Pentagon Papers mengenai tahap sebenar penglibatan dan kerugian AS dalam Perang Vietnam, manakala Manning melondehkan hampir 750,000 dokumen ketenteraan dan diplomatik kepada Wikileaks mengenai peranang AS di Iraq dan Afghanistan pada 2010.

    Dia akhirnya dikenakan hukuman penjara.

    Snowden pula mendedahkan pengawasan besar-besaran secara haram oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) AS pada 2013 dan dia kemudian mendapatkan suaka di Rusia.

    Kata Kua, pelbagai contoh pembocor maklumat terkenal dalam sejarah moden AS menunjukkan bahawa jika kerajaan Malaysia - terutamanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim - bersungguh mahu mendedahkan rasuah dalam kerajaan, dia perlu menggalakkan pihak terbabit membuat laporan kepada kerajaan dan pada masa sama berkongsi maklumat dengan media.

    MENARIK:  Pesawat bawa 46 penumpang terputus hubungan di wilayah Rusia

    Kenyataan Kua dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk membantu pembocor maklumat yang menggunakan media sebelum merujuk kepada pihak berkuasa.

    Ketika ini akta itu hanya memberikan perlindungan kepada pihak yang menyerahkan maklumat berkenaan sebarang salah laku kepada pihak berkuasa.

    Kata Azalina, perlindungan hanya akan diberikan jika pemberi maklumat mematuhi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

    "Seperti yang termaktub, pemberi maklumat berhak mendapat perlindungan di bawah akta ini dengan syarat mereka mengikuti prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang dengan melaporkan sebarang salah laku kepada mana-mana agensi penguatkuasaan, tanpa mengira siapa yang terlibat," katanya.

    Respons itu diberikan sebagai menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berkenaan dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun Sabah seperti dilaporkan Malaysiakini.

    Pembocor maklumat tersebut - seorang ahli perniagaan - mengeluarkan beberapa siri video yang membabitkan Adun yang didakwa terlibat dalam perbincangan mengenai rasuah untuk memudahkan permohonan untuk mendapatkan lesen penerokaan perlombongan.

    Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menafikandakwaan itu dan menganggapnya sebagai cubaan untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri dan mencemarkan nama baiknya.

    Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan berhubung skandal itu telah selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah