29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakaman suara berkait dakwaan ‘syarikat berkaitan Farhash’ didedahkan

    Shopee Sale

    Portal berita MalaysiaNow menerbitkan rakaman audio yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lesen penerokaan perlombongan arang batu diluluskan kepada syarikat berkaitan bekas pembantu perdana menteri, Farhash Wafa Salvador.

    Menurut laporan tersebut, rakaman itu dikatakan berasal daripada mesyuarat pada Mei 2024 yang melibatkan lembaga Sabah Mineral Management (SMM), yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Hajiji Noor.  

    Malaysiakini sedang cuba menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, dan Pejabat Ketua Menteri untuk mendapatkan ulasan.  

    MalaysiaNow mendakwa rakaman itu membuktikan Hajiji menyokong syarikat Bumi Suria Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Farhash, tetapi terdapat bantahan yang diluahkan oleh setiausaha kerajaan negeri, Safar Untong.  

    Farhash Wafa Salvador

    "Tapi kawasan itu terlampau luaslah Datuk Seri, 70,000 hektar," kedengaran suara yang menurut  MalaysiaNow dilontarkan oleh Safar.  

    Namun, suara lain—yang didakwa sebagai Hajiji—membalas: "Ya, itu kita atur nanti. Yang penting, kita luluskan dia punya permohonan".

    MENARIK:  Kes Zara Qairina: Beberapa individu akan didakwa membuli

    Sebelum ini, Sim menafikan SMM memberikan lesen penerokaan kepada syarikat milik atau berkaitan Farhash, termasuk Bumi Suria Sdn Bhd dan Borneo Bumi Sdn Bhd.  

    "Tiada," katanya kepada Malaysiakini, sambil menegaskan bahawa SMM tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen.  

    Hajiji Noor

    Selepas itu, MalaysiaNow menerbitkan dokumen yang didakwa membuktikan Farhash menerima kebenaran untuk menjalankan penerokaan mineral di kawasan rizab hutan yang luas di Sabah.  

    Portal berita itu mendakwa bukti tersebut—termasuk surat-menyurat, fail syarikat, minit mesyuarat lembaga, dan rakaman audio—diberikan oleh sumber dalaman SMM.  

    Bagaimanapun, MalaysiaNow memilih untuk tidak menyiarkan rakaman audio penuh. Butiran dalam dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diterbitkan juga ditapis, dan hanya petikan daripada minit mesyuarat didedahkan.  

    Farhash menolak laporan tersebut sebagai palsu serta menghantar notis undang-undang kepada MalaysiaNow,serta membuat laporan polis.  

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah