27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC buka kertas siasatan kes ‘bekal diesel ke Filipina’

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

    MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak berkuasa mengesahkan diesel berkenaan adalah milik syarikat perdagangan antarabangsa Vitol, dan bukan milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau kerajaan Malaysia seperti yang didakwa.

    Menurut kenyataan itu, individu terbabit dipanggil untuk memberi keterangan semalam, manakala perananti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan disita bagi membantu siasatan lanjut.

    MENARIK:  Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam

    "Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan," menurut kenyataan itu.

    MCMC menegaskan mereka memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

    "Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah