29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iran: Selat Hormuz akan ditutup sampai AS tamatkan sekatan laut

    Shopee Sale

    Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Sabtu memaklumkan Selat Hormuz akan ditutup mulai petang ini sehingga Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan laut terhadap kapal dan pelabuhan Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar tempatan.

    Dalam kenyataan yang disiarkan Press TV milik kerajaan, Tentera Laut IRGC berkata kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai selat itu “tidak mempunyai kredibiliti”.

    Susulan pengumuman awal Iran yang membenarkan kapal awam melalui laluan perairan itu, beberapa kapal telah melintasinya dengan penyelarasan Tentera Laut IRGC.

    “Bagaimanapun, melanggar perjanjian gencatan senjata, Amerika masih belum menamatkan sekatan laut terhadap kapal dan pelabuhan Iran, justeru Selat Hormuz akan ditutup mulai petang ini sehingga sekatan itu ditarik balik,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Pendukung Najib berkumpul di Kompleks Mahkamah KL

    IRGC turut memberi amaran bahawa “tiada kapal dalam apa jua bentuk dibenarkan bergerak dari tempat berlabuhnya di Teluk Parsi dan Laut Oman”, justeru menghampiri selat itu akan dianggap sebagai “kerjasama dengan musuh”.

    Ia juga memberi amaran bahawa mana-mana kapal yang melanggar arahan itu akan menjadi sasaran.

    Setakat ini tiada ulasan segera daripada pihak berkuasa AS berhubung kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah