29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi kini bergelar datuk seri

    Shopee Sale

    Menteri ekonomi dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

    Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

    Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.

    Lima individu pula dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Summit Ascent Holding Limited Datuk Chua Ming Huat dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

    Turut menerima anugerah itu ialah tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Mustapha Nagoor, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

    Selain itu, Pemegang Amanah Yayasan Munarah S Sheranjiv dianugerahkan Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut membawa gelaran Datuk.

    MENARIK:  Iran sasar Israel dengan peluru berpandu, dron

    Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 25 penerima termasuk Pengarah Peperanangan Informasi Rejimen Semboyan Diraja Brigedier Jen Dr Adnan Ajis; Pengarah Eksekutif Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ayop Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa.

    Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) kepada 28 penerima, Darjah Tuanku Muhriz (DTM) (empat), Darjah Pekerti Terpilih (DPT) (25) dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (73).

    Sementara itu, tiga individu dikurniakan Setiawan Tuanku Muhriz (STM), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (130), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (227), Bentara Tuanku Muhriz (BTM) (19) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) (14).

    Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini hari ini bagi sesi pertama manakala sesi kedua pada 20 Jan dan sesi ketiga pada 25 Jan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah