29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putin: Perdagangan Rusia-Malaysia ada peluang luas untuk berkembang

    Shopee Sale

    Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

    Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baru dengan Asean apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.

    “Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan Asean dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan perananan utama dalam pertubuhan ini.

    “Tahun depan, Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda, kami akan menemui titik hubungan baru dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September).

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di Vladivostok, Rusia pada Rabu.

    MENARIK:  Mat Sabu yakin pengaruh Amanah makin berkembang di kalangan Melayu

    Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah