29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PSA: Kumpulan sivil mahu kerajaan terus adakan libat urus

    Shopee Sale

    Sekumpulan NGO sivil hari ini menggesa Putrajaya memastikan ada penglibatan berterusan dengan pihak berkepentingan dan pergerakan hak asasi untuk memperhalusi Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) yang baru diluluskan.

    Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menggesa agar Putrajaya menjanjikan sesi libat urus yang penuh dan terbuka bersama anggota masyarakat sivil dan pihak-pihak berkepentingan bagi memperhalusi kumpulan nukleus dalam tempoh dua tahun akan datang.

    Penambahbaikan RUU daripada input masyarakat sivil, kata mereka, seharusnya menjadi langkah pertama, dan bukannya terakhir, ke arah reformasi parlimen yang lebih mendalam.

    Kata mereka, ucapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, serta perbahasan susulan berhubung RUU berkenaan PSA semalam, timbul kegusaran bahawa masih ada beberapa perkara penting yang belum ditangani secara tuntas.

    Justeru mereka mencadangkan beberapa langkah menambah baik PSA termasuk menubuhkan jawatankuasa bersama tetap di Dewan Rakyat dan Dewan Negara terkait aspek pentadbiran dan kewangan parlimen.

    "Jawatankuasa bersama ini perlu mempunyai kuasa untuk menyemak peruntukan kepada parlimen dan mencadangkan jumlah yang berpatutan bagi memastikan ia mencukupi kepada perkhidmatan parlimen, termasuk peruntukan pembangunan kawasan kepada ahli Parlimen.

    "Penubuhan jawatankuasa ini memerlukan pindaan peraturan mesyuarat sedia ada dan juga RUU Perkhidmatan Parlimen," kata mereka.

    MENARIK:  Mahkamah timbang tara tolak rayuan Israel sertai kejohanan gimnastik

    Ia ditandatangani oleh Bersih, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (Reorm), Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) dan Rasuah Busters.

    Tambah mereka, peruntukan berhubung laporan tahunan pula harus dibentangkan di parlimen bagi menjadikan parlimen yang bertanggungjawab, bebas dan telus.

    "Kandungan laporan tahunan itu haruslah bersifat komprehensif termasuklah berhubung aspek penting dalam fungsi parlimen, pentadbiran, kewangan, prestasi dan tatakelola yang baik.

    "Ia termasuk juga aktiviti yang melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) dan kumpulan ahli parlimen rentas parti (KRPPM)," katanya.

    Turut menjadi perhatian NGO terbabit ialah isu peruntukan yang mewajibkan etika kakitangan perkhidmatan parlimen bersifat tidak berpihak, dan larangan nepotisme di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen.

    Kata mereka, ia memerlukan semua ahli perkhidmatan parlimen bertindak secara tidak berpihak dan tidak tertakluk kepada tekanan serta campur tangan badan eksekutif, dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pelantikan ahli-ahlinya adalah berdasarkan merit.

    "Prinsip keadilan juga harus tercermin dalam PSA dengan membuang kawalan ketua pentadbir ke atas ahli-ahli perkhidmatan parlimenm," kata mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah