27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Proses bedah siasat jenazah Zara selesai

    Shopee Sale

    Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, di Kota Kinabalu kira-kira 9.30 malam ini setelah proses bezah siasat selesai.

    Difahamkan proses bezah siasat selesai pada 7.30 malam dan jenazah akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Kota Kinabalu, malam ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda ketika ditemui pemberita berkata tiada situasi tidak diingini berlaku ketika orang ramai berkumpul di pekarangan hospital itu sejak pagi tadi.

    "Semua dalam keadaan aman, saya ucapkan terima kasih atas kerjasama semua. Saya mohon selepas ini orang ramai beri kerjasama untuk bersurai," katanya yang enggan mengulas lanjut.

    MENARIK:  Kejayaan atasi Manchester United tingkat keyakinan Aguero

    Proses gali semula kubur Allahyarham Zara Qairina selesai pada 7.15 malam semalam sebelum dibawa ke hospital.

    Jumaat lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bezah siasat dijalankan terhadap jenazah pelajar berkenaan.

    AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

    Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas.

    Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada empat pagi, 16 Julai.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah