29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Proksi’ Shamsul selamat, jadi saksi SPRM

    Shopee Sale

    Sofia Rini Buyong, individu yang didakwa menjadi ‘proksi’ kepada Shamsul Iskandar Akin, terlepas daripada pendakwaan kes rasuah melibatkan bekas pegawai kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Akin.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Sofia tidak akan menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana dia diklasifikasikan semula sebagai saksi dalam kes itu.

    Shamsul dan ahli perniagaan Albert Tei  akan didakwa dengan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menawar dan menerima rasuah.

    MENARIK:  SPRM siasat tindakan Kor Ming umum peruntukan dana di KKB

    Tei mendakwa dia menyogok Shamsul melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bernilai lebih RM600,000.

    Pemberian itu bagi mendapat kembali kembali wang yang disalurkan kepada ahli politik Sabah bagi mendapatkan penerokaan mineral.

    Wang itu, dakwanya, antaranya disalurkan melalui Sofia yang didakwanya sebagai proksi Shamsul.

    Sofia menafikan menjadi proksi Shamsul, walaupun siri rakaman perbualannya dengan Tei tersebar di media sosial.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah