29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Amanah tidak terlibat kes salah guna dana zakat’

    Shopee Sale

    Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan parti itu tidak terlibat dalam kes salah guna dana zakat yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil mendakwa wujud cubaan pihak tertentu mengaitkan Amanah dengan skandal tersebut.

    "Amanah menegaskan bahawa parti ini tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes salah guna dana zakat yang sedang disiasat SPRM.

    "Amanah turut menggesa siasatan bebas dan telus dijalankan SPRM kerana dana zakat adalah bagi membantu golongan asnaf dan bukan untuk mengumpul kekayaan peribadi," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah malam tadi.

    Sebelum ini, SPRM Selangor mengesahkan siasatan membabitkan penyelewengan dana kutipan awam bernilai RM230 juta oleh sebuah NGO di negeri itu.

    Suruhanjaya itu turut menyita pelbagai aset termasuk empat bidang tanah, tujuh buah rumah, tiga unit pejabat, 18 buah kenderaan serta 33 akaun bank yang kesemuanya bernilai RM150 juta.

    Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki menafikan kes itu membabitkan penyelewengan dana zakat.

    MENARIK:  Bekas pengurus kanan syarikat multinasional didakwa terima, lupus lebih RM1.4 juta

    Isu itu juga tular di media sosial dengan sesetengah pihak cuba mengaitkan pimpinan Amanah dengan siasatan SPRM.

    Kutuk usaha bentuk kerajaan tebuk atap

    Dalam perkembangan berasingan, Faiz berkata mesyuarat malam tadi turut membincangkan kemelut politik di Negeri Sembilan.

    Faiz berkata Amanah mengutuk sebarang usaha membentuk "kerajaan tebuk atap" yang boleh menggugat kestabilan politik dan mengganggu pentadbiran kerajaan negeri.

    "Amanah mengutuk sebarang usaha membentuk kerajaan tebuk atap yang boleh menggugat kestabilan politik dan mengganggu pentadbiran kerajaan," kata Faiz.

    Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada percaturan politik di belakang tabir susulan tindakan Adun Umno menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun semalam.

    Umno dan BN Negeri Sembilan turut dilaporkan telah memohon untuk mengadap Yang di-Pertuan Besar bagi memaklumkan situasi terkini berhubung senario politik di negeri itu.

    Pengerusinya, Jalaluddin Alias, berkata mereka sedia menjadi pembangkang sekiranya Pakatan Harapan (PH) kekal menerajui negeri itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah