27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tubuh pasukan petugas khas siasat nahas bas pelajar UPSI

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik awal pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh

    "Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk kita mendakwa pemandu (bas) tersebut di mahkamah.

    MENARIK:  Pembangkang patut sokong usaha PM perangi rasuah - Salleh Keruak

    "Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kita akan siasat semuanya," katanya kepada pemberita di Unit Kecemasan Hospital Gerik hari ini.

    Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata 15 pelajar UPSI maut dalam itu yang membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB Banun berhampiran Tasik Banding di sini.

    Beliau berkata bas itu membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan lelaki dan 32 perempuan berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun yang berasal dari Pantai Timur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah