27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tembak mati 3 penjenayah di Sepang

    Shopee Sale

    Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista di Sepang, Selangor awal pagi tadi.

    Dalam operasi pada 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menjalankan rondaan bertembung dengan tiga lelaki memakai pakaian gelap dan bertopeng sebelum mereka bertindak menyerang polis dengan menggunakan parang.

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernama berkata bagi mempertahankan diri dan memastikan keselamatan, polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

    MENARIK:  MP Kota Belud gesa SPRM bersuara isu skandal rasuah terbaru Sabah

    “Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 40 tahun itu disahkan mati di lokasi kejadian,” katanya.

    Dia berkata dengan tumpasnya kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan 17 kes samun dan pecah rumah di Selangor, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur dengan nilai kerugian hampir RM1 juta. 

    “Berdasarkan risikan, polis percaya suspek aktif dalam kegiatan samun di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak awal 2024 hingga kini,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah