24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH kemuka 10 komitmen pacu Negeri Sembilan jadi pusat ekonomi baru

    Shopee Sale

    Manifesto ‘Kekal Harapan Negeri Sembilan’ oleh PH disasarkan untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang menghubungkan sektor teknologi, logistik, industri dan modal insan.

    Pengarah Bilik Gerakan Utama (BGU) PH Fuziah Salleh dan Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil menerusi satu kenyataan bersama berkata peranancangan itu akan disokong oleh projek yang berimpak tinggi seperti Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), pembangunan NS Semiconductor Valley dan Nilai Advanced Photonic AI Manufacturing City.

    “Inilah mesej yang cuba dibina dengan cukup jelas oleh Menteri Besar Aminuddin Harun iaitu Negeri Sembilan mahu mencipta lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi supaya anak muda tidak lagi perlu berhijrah ke negeri lain,” maklum kenyataan itu di Seremban hari ini.

    Pelancaran manifesto tersebut yang disempurnakan Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan pada malam tadi menggariskan 10 komitmen utama sebagai tawaran gabungan itu bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

    Manifesto itu menawarkan kerajaan yang stabil, bersih dan mesra rakyat; memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat; membina ekonomi berdaya saing dan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi serta memastikan pendidikan berkualiti untuk semua.

    MENARIK:  Anwar puji Hajiji, ingatkan Sabah elak politik berpecah

    Menurut kenyataan itu, manifesto tersebut turut memuatkan rekod pencapaian pentadbiran Aminuddin sejak 2018 dan boleh diakses melalui kod QR yang disediakan.

    Sementara itu kenyataan tersebut memaklumkan BGU PH masih menerima laporan berkaitan perbuatan khianat terhadap bahan kempen di beberapa kawasan termasuk Labu, Sungai Lui dan Palong dan berharap pihak berkaitan dapat melakukan pemantauan lebih kerap selain menyeru semua penyokong mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang provokasi.

    Selain itu kenyataan tersebut turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang petugas jentera pilihan raya yang maut dipercayai dilanggar ketika sedang memasang bendera sebuah parti dua hari lepas.

    “Biarpun mangsa tersebut bukan daripada jentera PH, kami tetap ingin mengingatkan para petugas untuk sentiasa mengambil langkah keselamatan tambahan bagi menghindari dari sebarang kecelakaan,” menurut kenyataan itu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah