28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kok anjur kelas halal walau dulu bantah wajibkan sijil

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menganjurkan program percuma bagi membantu usahawan dan pengusaha makanan memahami proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

    Menurut hantaran Teresa di media sosial, peserta turut dibimbing mengenai proses permohonan sehingga sijil halal diluluskan, sekali gus membantu pengusaha meluaskan pasaran produk mereka.

    "Jom belajar cara mendapatkan sijil halal.

    "Program in bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan, pengusaha makanan, dan individu yang berminat tentang proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia," kata perkongsian itu.

    Program itu akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 25 Julai di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur, dengan penyertaan dibuka secara percuma.

    Penganjuran itu menarik perhatian susulan pendirian Teresa pada September 2024 yang membantah cadangan mewajibkan pensijilan halal kepada restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan daging babi atau alkohol.

    MENARIK:  Tengku Zafrul: Saya setia dengan Umno, kritik agar parti terus relevan

    Ketika itu, naib presiden DAP berkenaan berkata pensijilan halal secara mandatori akan meningkatkan kos pentadbiran dan membebankan peniaga kecil, termasuk ribuan pengusaha restoran Melayu.

    Dia sebaliknya berpandangan pensijilan halal perlu kekal secara sukarela supaya pengusaha boleh membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran.

    Kenyataan itu mengundang kritikan daripada pemimpin Umno, pembangkang dan beberapa NGO manakala Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pandangan Teresa tidak mewakili pendirian PH serta tidak membantu menjernihkan keadaan.

    Anwar turut menasihati pemimpin politik supaya membawa cadangan atau kebimbangan berhubung isu sensitif untuk dibincangkan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah