26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat video fitnah libatkan Raja Di Hilir Perak 

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat video tular memaparkan kandungan berunsur fitnah dan palsu membabitkan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah. 

    Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya mengesan kandungan yang dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun TikTok yang mencemarkan nama baik Raja Di Hilir Perak.

    Beliau berkata susulan penularan video berkenaan, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada 24 Julai lepas.

    "Siasatan awal mendapati tiada sebarang upacara pertabalan akan diadakan pada 7 Ogos ini di mana-mana istana di Perak seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

    MENARIK:  Muhyiddin umum Syed Saddiq sertai jelajah PN

    "Selain itu, dakwaan berhubung pemberian insentif berjumlah RM800 kepada rakyat Perak juga tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

    "Orang ramai turut dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah