Usahawan, Noor Nabila mendedahkan persiapan menuju alam perkahwinan kini sudah mencapai 20 peratus dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Ameer Aiman pada penghujung tahun ini.
Artikel Berkaitan: ‘AA Pandai Memasak, Hormat Saya & Sedang Rancang Perniagaan Makanan Jepun Bersama’ – Noor Nabila
Bakal berkahwin

Ketika ditemui , kakak kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa itu berharap hasratnya untuk menamatkan zaman solo dipermudahkan.
Doakan saya, kami akan ke fasa seterusnya dalam masa yang terdekat. Kita sudah ada rancangan, dalam tahun ini. InsyaAllah, semuanya dalam perancangan.
Nabila berkata demikian pada majlis pelancaran susu pisang jenama Nilofa di sebuah cafe yang terletak di Petaling Jaya pada Ahad.
Bercerita mengenai persiapan, Nabila berkata dokumen penting berkaitan perkara itu sudah disiapkan dan berharap semuanya berjalan dengan baik.
Kita tengah membuat persiapan. Apa yang penting-penting, dokumen-dokumen itu dah dibuat. Cumanya itulah majlis itu nanti dalam persiapan, insya-Allah.
Sementara itu, Nabila berkata hubungan anaknya, Jebat Jayden bersama pasangannya dalam keadaan baik.
Kata Nabila, cara Ameer melayani Jayden dengan baik juga menjadi salah satu faktor dia memilih untuk berkahwin dengannya.
Jayden okey. Dia ada hubungan yang baik dengan Ameer.
Hubungan mereka boleh nampak jadi secara natural, alhamdulillah.
Menurut Nabila, keikhlasan Ameer membuatkannya tertarik kepada lelaki itu.
Nabila berkata dia dan Ameer sudah berkenalan sejak tahun lalu apabila mereka bertemu di gimnasium.
Dia seorang yang sangat ikhlas. Apa yang keluar dari mulut dia, bila saya tanya sesuatu, dia orang matang. Seseorang yang bukan naif, tapi dia ‘transparent’.
Saya rasa macam susah juga nak jumpa orang yang macam ini sekarang.
Nombor dua, dia tak tahu sangat pasal saya. Pada mula perjumpaan kita, banyak yang dia tak tahu. Jadi saya rasa macam, ‘Oh, saya lebih suka orang yang kurang info pasal saya atau keluarga saya.’
Saya rasa lebih selesa macam itu, maksudnya ikhlaslah kalau suka dengan kita. Nombor tiga, sudah tentu, dia dengan Jayden. Bila saya nampak dia boleh melayan Jayden, itu menarik.
Kemudian saya dapat kenal dia, dia ajak keluar. Dari situlah.
Nabila mengakui dalam fasa mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr AA.
Nabila mengakui hatinya terpaut pada Mr AA bukan sahaja kerana kepandaiannya memasak, malah beberapa ciri lain yang membuatkan jejaka itu istimewa di matanya.
The post Noor Nabila Bakal Kahwin Dengan Ameer Aiman Tahun Ini – ‘Tengah Buat Persiapan’ first appeared on OHBULAN!.





