32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Perlu Ada Pengumuman’ – Neelofa Ulas Isu Kehamilan Anak Ketiga  

    Shopee Sale

    Pengacara dan usahawan, Neelofa tetap dengan pendirian untuk tidak mengumumkan kehamilan anaknya yang ketiga secara umum.

    Artikel Berkaitan: Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga? Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’

    Artikel Berkaitan: Neelofa Letak ‘Words Of Affirmation’ Dalam Bilik Bilal – ‘Saya Nak Dia Ingat & Sentiasa Bermain Dalam Fikiran’

    Tak pernah buat pengumuman

    Ketika ditemui , Neelofa berkata sepanjang kelahiran kedua anaknya dia tidak pernah menguar-uarkan atau berkongsi di media sosial kerana tidak merasakannya sebagai satu keperluan.

    Saya rasa tak perlu ada pengumuman. Saya tak pernah buat pengumuman pun untuk mana-mana anak.

    Nanti bila melahirkan baru kita buat pengumuman. Itulah yang terbaik sebab selagi anak tak melahirkan, apa-apa saja boleh terjadi kan? 

    Kalian nampak saya berubah, saiz pun berbeza. Jadi yang terbaik ialah doa sajalah.

    Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran susu pisang di sebuah kafe terletak di Petaling Jaya pada petang Ahad.

    MENARIK:  #AJL39: Hafiz Suip Pertama Kali Pulang ‘Tangan Kosong’, Jawab Dakwaan Suara ‘Terkucil’ – ‘Saya Manusia Biasa, Sudah Buat Terbaik’

    Ketika ditanya mengenai jantina anak memandangkan ramai yang sudah berteka-teki, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut kerana baginya itu adalah satu privasi.

    Itu lagilah saya tak cerita, saya buat pengumuman jantina itu pun secara peribadi bersama keluarga suami dan keluarga saya.

    Dalam pada itu, Neelofa meluahkan rasa syukur apabila kehamilannya mendapat doa daripada orang ramai.

    Terdahulu, tular di media sosial berkenaan penampilan Neelofa yang kelihatan berbeza seolah-olah mempunyai ‘baby bump’.

    Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3.

    The post [VIDEO] ‘Tak Perlu Ada Pengumuman’ – Neelofa Ulas Isu Kehamilan Anak Ketiga   first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah