Kumpulan K.O.I mengakui tidak pernah meletakkan kemenangan, apatah lagi bergelar juara, sebagai sasaran pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 yang berlangsung pada malam Sabtu di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Artikel Berkaitan: K.O.I Dinobat Juara, Ini Senarai Penuh Pemenang AJL40
Artikel Berkaitan: Ramalan Neelofa Kembali! Pilih Aina Abdul, Aisha Retno & K.O.I Ungguli AJL40
DIY

Ketika ditemui , salah seorang anggota itu, Mya berkata mereka hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik selain menyampaikan mesej menerusi lagu mereka.
Dalam beberapa minggu, segelintir ada yang mula membuat ramalan sendiri dan sudah tentu memberi tekanan kepada kami.
Kami tidak terfikir untuk menang atau dinobatkan sebagai juara, kami hanya mahu melakukan persembahan dengan baik saja.
Sementara itu, Achoi yang mewakili kumpulan itu berkata mereka sepakat untuk menguruskan sendiri segala persiapan bagi persembahan di pentas AJL secara sendiri termasuk 200,000 keping kertas yang mengandungi mesej kemanusiaan untuk ditebarkan.
Kumpulan ini pada awalnya ditubuhkan hanya kerana minat dan sekadar suka-suka.
Lagu Twikarma juga kami tidak meletakkan harapan yang tinggi dan semua yang kami buat adalah DIY termasuk daripada segi susunan muzik, kru dan sebagainya dibantu oleh kawan-kawan di belakang.
Kalau ikutkan kertas yang kami tebarkan dari atas pentas itu semalam pun kami potong sendiri. Jumlahnya mencecah 200,000 keping, sampai berdarah-darah tangan. Empat hari juga kami buat benda itu.
Sebagai kumpulan yang masih baharu, kami bukan nak cakap kami tidak ada duit, tetapi kami lebih kepada nak buat sendiri mana yang boleh dibuat secara DIY.
Mereka berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan AJL40 di Unifi Arena pada Sabtu.
Bercerita mengenai konsep pada malam berprestij itu, Ayie berkata persembahan mereka sarat dengan mesej kemanusiaan yang sesuai dengan makna dalam lagu mereka.
Maksud lagu ini ramai yang dah tahu, tetapi kami letakkan konsep untuk AJL40 ini lebih meluas dan universal. Kami ingin dekat dengan penonton. Sebab itu kami pakai baju warna ini.
Penari-penari kami pula melakukan gerakan yang menggambarkan kesengsaraan, banyak dugaan untuk anak-anak dan orang-orang yang ditindas.
Konsep ini kami serahkan kepada interpretasi penonton sendiri. Apa yang kami sampaikan adalah untuk seluruh dunia.
Kemenangan besar

Ketika ditanya mengenai perancangan mereka berkaitan dengan wang tunai yang diterima, Mya berkata setakat ini mereka masih belum memikirkan tentang perkara itu.
Kami belum ada perancangan apa-apa memandangkan kemenangan itu kita tidak jangka.
Jadi, tidak terfikir apa yang mahu dibuat dengan duit itu.
Terdahulu, K.O.I mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Juara AJL40, diikuti Aisha Retno yang mempertaruhkan lagu Tak Adil di tempat kedua, manakala lagu Lumangad Oku Dika yang dinyanyikan Ryenald Guntabid meraih tempat ketiga.
Kemenangan lagu Tiwikarma sekali gus melayakkan K.O.I membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.
Lagu Tiwikarma mendapat sentuhan Zai Hamzah dan Hemo Globin, manakala lirik ditulis oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam.
Pada pentas AJL40 kali ini, Marsha Milan menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik selepas saingan sengit.
The post K.O.I Tak Sasar Juara, Pilih Buat Sendiri Persiapan AJL40 – ‘Kertas Sejumlah 200,000 Yang Diterbangkan Kami Potong Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





