26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat pusat hiburan terbakar disyaki dibaling bom petrol

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat kejadian kebakaran disyaki akibat bom petrol di sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur, semalam.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof mengesahkan kejadian itu.

    "Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

    "Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat," katanya seperti dilapor Berita Harian.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu, yang dirakamkan dari sebuah premis berdekatan kedai yang diserang, menunjukkan empat lelaki tiba di tempat kejadian dengan dua motosikal, sebelum melontar dua objek dipercayai bom petrol dan melarikan diri.

    MENARIK:  Op Sky: Tiga selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM

    Rakaman lain menunjukkan orang yang lalu lalang cuba memadamkan api yang melanda premis itu selepas itu. Kedua-dua klip itu kini tersebar di media sosial.

    Tahap kerosakan pusat hiburan dan kerugian yang dialami masih belum dapat dipastikan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah