28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Op Sky: Tiga selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat – SPRM

    Shopee Sale

    Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata siasatan dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) mendapati mereka hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan termasuk perananan sebagai duta syarikat terbabit.

    Beliau berkata kesemua selebriti itu dipanggil untuk menjadi saksi bagi membantu siasatan Op Sky.

    MENARIK:  Perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 diumum Sept

    Pada 6 Feb lepas, SPRM merakam keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan berkenaan selepas disyaki menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

    Dalam operasi Op Sky Januari lepas, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

    Setakat ini, 39 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah