27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat klip video lelaki didakwa cuba culik budak di Subang

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki didakwa cuba menculik kanak-kanak di sebuah sekolah agama di Masjid Darul Ehsan di Subang.

    "Masih dalam siasatan," kata ketua polis daerah Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat kepada Malaysiakini.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Masjid Darul Ehsan, yang hanya mahu dikenali sebagai "Ali," turut mengesahkan kejadian itu berlaku di kawasan sekitar masjid berkenaan tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut.

    Dalam klip video yang tersebar media sosial, seorang lelaki berbaju merah dilihat menghampiri dua kanak-kanak berhampiran mesin minuman layan diri.

    Dengan gaya mencurigakan, dia dilihat bercakap dengan dua kanak-kanak tersebut sebelum salah seorang daripadanya beredar. Dia kemudian dilihat bercakap dengan seorang lagi kanak-kanak yang berada di situ dan memegang bahunya.

    MENARIK:  Gesa MAS tak hidang arak: Buat 'PAS Airlines', kata MP DAP

    Kanak-kanak itu yang kelihatan seperti ketakutan, meletakkan sesuatu yang kelihatan seperti cawan di lantai sebelum melarikan diri walaupun lelaki terbabit cuba menahannya.

    Ditanya apakah ada saksi yang tampil membantu siasatan, Wan Azlan berkata dia akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah