31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DAP tunda konvensyen tahunan kebangsaan ke Ogos

    Shopee Sale

    Persidangan Kebangsaan DAP yang dijadualkan diadakan pada 12 Julai ini akan ditunda ke 16 Ogos, kata setiausaha agung parti itu, Anthony Loke.

    Katanya perkara itu diputuskan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi setelah mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus membuka laluan untuk pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

    “DAP juga akan mempertahankan semua kerusi yang penyandang di Johor dan Negeri Sembilan, selain bertanding di beberapa kerusi tambahan di Johor, tertakluk kepada keputusan rundingan secara muktamad dengan parti komponen PH menjelang hujung minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, selain itu proses pengundian calon untuk mewakili DAP dalam kedua-dua PRN berkenaan akan ditentukan oleh jawatankuasa pengundian calon.

    MENARIK:  Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK Kuala Kubu Baharu pada 4 Apr

    Jawatankuasa tersebut, katanya, dianggotai Loke sendiri bersama Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan Nga Kor Ming, Ketua Wanita Teo Nie Ching dan Ketua Parlimen DAP Chong Chieng Jen.

    Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban dan bekas Adun Chennah berkata DAP akan berkempen bersungguh-sungguh dalam kedua-dua PRN tersebut bagi memastikan kemenangan PH.

    Pada Isnin lalu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, berkuat kuasa pada 1 Jun setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

    Malam tadi pula Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun pula mengumumkan DUN Negeri Sembilan – yang mempunyai 36 kerusi – secara rasmi dibubarkan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah