32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Akses MyKhas MP Subang, PJ disekat kerana pilihan politik mereka sendiri’

    Shopee Sale

    Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng, mempertahankan langkah kerajaan menyekat akses Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung ke laman MyKhas.

    Dalam satu kenyataan, dia berkata Lee dan Wong kehilangan akses kepada platform pengurusan dana parlimen itu kerana "pilihan politik mereka sendiri", merujuk kepada pendirian politik kedua-dua mereka yang diketahui merupakan penyokong bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli.

    Menurut Ng, kerajaan berhak menguruskan dana awamnya melalui "melalui saluran alternatif yang teratur" bagi memastikan ia "tidak ditiriskan untuk membiayai gerak kerja akar umbi sebuah parti lawan yang baharu setahun jagung."

    "Jika Lee Chean Chung dan Wong Chen mahu bertindak sebagai ahli parlimen pembangkang secara de facto, mereka bebas untuk berbuat demikian melalui pengumpulan dana sendiri, sepertimana yang dilakukan oleh ahli pembangkang sebelum ini.

    "Namun, mereka tidak akan dibenarkan menggunakan jentera pentadbiran dan dana awam milik kerajaan yang sedang mereka cuba tumbangkan.

    MENARIK:  MCMC siasat penyebar maklumat palsu kenaikan tarif elektrik

    "Kebajikan dan kepentingan penduduk Subang serta Petaling Jaya akan terus diutamakan dan dilindungi di bawah pemantauan langsung kerajaan dan penyelaras yang dilantik. Perkara tunggal yang terganggu ketika ini hanyalah muslihat dan percaturan politik peribadi mereka sendiri," katanya.

    Semalam, Lee mendakwa bahawa dia juga telah kehilangan akses kepada MyKhas. Ini berlaku kira-kira seminggu selepas pejabat Wong mengalami perkara yang sama.

    Wong dan Lee adalah antara enam wakil rakyat PKR yang hadir di acara pengambilalihan Parti Bersama Malaysia (Bersama) oleh Rafizi dan bekas naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Mengulas lanjut, Ng berkata akses MyKhas kepada Lee dan Wong bukanlah tindakan terpilih.

    Sebaliknya, ia adalah tindakan berdasarkan prinsip dan akauntabiliti.

    "Kamu tidak boleh memilih untuk bersama dengan pihak yang mahu menumbangkan kerajaan, dan dalam masa yang sama menuntut dana daripada kerajaan tersebut," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah