Perjalanan TTC (Trying to Conceive) atau usaha untuk mendapatkan zuriat bukanlah satu perkara yang mudah bagi segelintir wanita, termasuk isteri kepada pempengaruh, Abang Tesla iaitu Majdina.
Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Betul Ke Cinta Sama Rata? Abang Tesla Jawab – ‘Rasa Cinta Lebih Kepada Isteri Yang Tak Banyak Buruk Sangka Pada Suami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jarang Kongsi Momen Bersama Kedua Isteri, Abang Tesla Nafi Dah Bercerai – ‘Mereka Untuk Dilindungi, Buat Apa Nak Tunjuk’
Luahan pejuang TTC
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Majdina berkata, dia gemar membaca kisah-kisah inspirasi pasangan lain yang berjaya menimang cahaya mata selepas lama berikhtiar.
Lalu lah lagi pasal TTC bertahun-tahun, berpuluh tahun dapat baby, saya suka baca. Rasa macam malam ini juga nak ke klinik atau hospital jumpa doktor.
Meskipun kisah-kisah tersebut memberi semangat untuknya, tetapi Majdina tetap terkesan apabila dirinya gagal semasa menjalani proses TTC.
Justeru, Majdina kini sedang mengambil masa dan ruang seketika namun bukanlah bermakna dia sudah berputus asa untuk bergelar ibu.
Tapi itulah, diri ini lama betul rehat, bukan putus asa cuma bagi ruang pada diri sendiri sebab tiap kali ‘gagal’ memang heartbroken sangat.
Suami sendiri je nampak diri yang tak betul masa itu.
Tak ingat, sangat tak suka lalui lagi tapi bila baca orang lain berkali-kali cuba sampai dapat, okay bring it on!
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Majdina supaya tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat.
Dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing sebelum bergelar ibu.
Sumber: Threads
The post Bukan Putus Asa, Isteri Abang Tesla Rehat & Bagi Ruang Pada Diri – ‘Tiap Kali Gagal TTC Memang Heartbroken..’ first appeared on OHBULAN!.





