31.3 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DAP komited sokong RUU asing peranan AG, pendakwa raya

    Shopee Sale

    DAP hari ini menyatakan komitmennya menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengasingkan perananan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya yang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata perkara itu adalah antara yang diputuskan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi.

    Menurutnya RUU berkenaan dijadualkan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada 22 Jun ini.

    “DAP menyatakan komitmen untuk memastikan sokongan undi belah bahagi daripada semua 40 Ahli Parlimen DAP serta menyeru semua ahli parlimen lain untuk memastikan pindaan perlembagaan yang bersejarah ini dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menteri Pengangkutan itu berkata DAP komited untuk menyokong agenda reformasi institusi yang dilaksanakan Kerajaan Madani.

    Pada 5 Mei lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata pengasingan perananan Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dilaksanakan bagi memastikan institusi pendakwaan lebih bebas serta memperkukuh akauntabiliti.

    MENARIK:  Peter Anthony ada 14 hari sebelum hilang kelayakan Adun - speaker

    Katanya pengasingan perananan itu juga membolehkan Peguam Negara dipertanggungjawabkan secara terus di parlimen dan tidak bergantung pada jawapan melalui menteri.

    Azalina berkata langkah itu dapat meningkatkan ketelusan sistem perundangan negara apabila Peguam Negara tidak lagi diwakili oleh pihak lain dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, sekali gus memperkukuh prinsip semak dan imbang institusi.

    Pada 3 Mac, Dewan Rakyat bersetuju RUU berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai Azalina sendiri sebagai pengerusi serta 11 ahli parlimen dari kedua-dua blok untuk memberikan ruang kepada semua pihak berkaitan memperhalus dan menelitinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah