33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat kes gaduh dipercayai babit anak bekas Exco P Pinang

    Shopee Sale

    Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu dipercayai termasuk anak bekas Exco Pulau Pinang yang bergelar 'Datuk' di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah, di George Town baru-baru ini seperti tular menerusi media sosial.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata kejadian itu berlaku pada 11 Mei lepas dan pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung insiden berkenaan.

    "Setakat ini tiada tangkapan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Video berdurasi 43 saat itu memaparkan pergaduhan beberapa individu termasuk dua wanita.

    MENARIK:  Pagar makan padi: Tiga polis direman kes samun berkumpulan di Gombak

    Difahamkan seorang daripada yang terlibat dalam pergaduhan itu ialah anak bekas Exco Pulau Pinang yang bergelar 'Datuk' dan pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri pada 1999 hingga 2018.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah