27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis siasat dakwaan anggota langgar SOP, peras ugut ketika serbuan

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat dakwaan berkaitan empat anggotanya tidak mengikut standard prosedur operasi (SOP) semasa melakukan serbuan di sebuah kediaman di Damansara dalam Op Tapis pada Oktober tahun lepas, selain dikatakan turut melakukan pemerasan.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam kenyataan hari ini berkata siasatan dilakukan susulan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi Facebook oleh pemilik akaun itu.

    "Polis mengesahkan serbuan berkenaan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Okt lepas semasa menjalankan Ops Tapis di kawasan Damansara.

    MENARIK:  Pemilihan cabang PKR di 7 negeri selesai, pemilihan MPP 24 Mei

    "Kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan.

    Semalam, tular menerusi media sosial rakaman memaparkan beberapa anggota polis berpakaian preman menyerbu sebuah kediaman selain bertindak memecahkan CCTV setelah menyedari perbuatan itu dirakam dan didakwa turut melakukan pemerasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah