23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemilihan cabang PKR di 7 negeri selesai, pemilihan MPP 24 Mei

    Shopee Sale

    Pemilihan PKR 2025 bagi fasa satu membabitkan peringkat Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang di tujuh negeri pada Jumaat hingga Ahad lepas, selesai diadakan.

    Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata JPP kini dalam persiapan untuk fasa dua pengundian melibatkan Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah bermula 18 hingga 20 April ini.

    Fasa satu membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak yang bermula 11 hingga 13 April.

    “JPP ingin menasihati kepada semua pengundi bagi fasa dua untuk memuat turun aplikasi Adil atau mengemas kini aplikasi berkenaan kepada versi yang lebih baharu, bagi persiapan proses pengundian,” katanya menerusi hantaran di Facebook Pemilihan Keadilan 2025 hari ini.

    MENARIK:  Tiada halangan majukan tanah untuk bumiputera di P Pinang - Chow

    Dr Zaliha berkata JPP juga mengambil maklum dengan bantahan berkaitan keputusan pengundian Pemilihan Keadilan 2025 dan akan meneliti setiap bantahan dikemukakan.

    “Segala keputusan berkenaan dengan bantahan akan diumumkan selepas semua proses pengundian di peringkat Cabang selesai,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu.

    Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pula, ditetapkan pada 24 Mei ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah