27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sedang lengkapkan siasatan kes pengacara Era FM – KPN

    Shopee Sale

    Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes video tular memaparkan tiga pengacara radio Era FM milik Astro didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

    Beliau berkata enam individu dari stesen radio berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini bagi memberi keterangan.

    MENARIK:  Mangsa banjir di tiga negeri berkurangan, empat negeri kekal

    Keenam-enam individu itu hadir kira-kira 10.30 pagi dan sesi keterangan berlangsung lebih dua jam dengan siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan, setakat hari ini.

    Bagaimanapun, tiga penyampai radio terkenal itu gagal ditemui pihak media kerana kenderaan yang membawa mereka tidak melalui kawasan tempat media menunggu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah