29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di leher

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.

    Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.

    "Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

    Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

    Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di Johor Bahru.

    Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.

    MENARIK:  Akta Pekerja Gig dikuatkuasakan selewat-lewatnya hujung Mac

    Mohd Sohaimi berkata sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

    Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bezah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Jenazah bayi malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bezah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira 3.30 petang tadi.

    Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah