28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis mohon saksi kemalangan maut tampil bantu siasatan

    Shopee Sale

    Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memohon bantuan orang ramai atau saksi untuk tampil membantu siasatan bagi satu kes kemalangan maut di kilometer 167.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bandar Baharu, di Nibong Tebal pada 7 April lepas.

    Ketua Polis Daerah Supt Chong Boo Khim berkata kejadian dimaklumkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) kira-kira 8.50 pagi, melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.

    “Kemalangan telah menyebabkan pemandu kereta, seorang lelaki berusia 35 tahun dari Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

    “Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan kenderaan yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Dr Dzul: Naik taraf HKL dibuat berperingkat, elak perkhidmatan terjejas

    Berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, Chong berkata berkemungkinan kereta dipandu mangsa itu yang melanggar kenderaan satu lagi tetapi sehingga kini tiada laporan dibuat oleh pemandu kenderaan berkenaan.

    Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian supaya tampil menghubungi BSPT SPS di talian 04-5858340 bagi membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah