28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis mohon bantuan kesan remaja hilang

    Shopee Sale

    Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.

    Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja lengan pendek bercorak petak warna hitam-putih, berseluar panjang hitam dan memakai selipar jenis sandal warna hitam.

    MENARIK:  Bersatu nafi beri peluang kedua pada ahli dipecat, digantung

    Beliau berkata remaja perempuan itu berbadan sederhana, mempunyai ketinggian dianggarkan 150 sentimeter selain mempunyai tahi lalat di bahagian pipi sebelah kiri.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan lbu Pejabat Polis Daerah Maran di talian 09-4771222.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah