27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kesan ahli bersekutu sebuah pertubuhan guna Datuk palsu

    Shopee Sale

    Polis sedang berusaha mengesan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.

    Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan itu dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh pertubuhan itu berkenaan seorang ahli bersekutunya menggunakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

    “Beberapa dokumen telah dirampas dan polis masih meneruskan siasatan untuk mengesan dan menangkap suspek.

    “Suspek boleh dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Anak nafi Abu Bakar ada kaitan dengan madrasah di Ulu Tiram

    Beliau berkata jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah