32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Onn Hafiz berdepan saingan satu lawan satu

    Shopee Sale

    Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) akan berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

    Penyandang DUN itu akan ditentang oleh Nor Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan (PH).

    Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Izzul Helmi Ahmad mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi ini.

    MENARIK:  Skandal Sabah: Naib presiden Star nafi terima suapan RM530,000

    Terdahulu, Nor Hafiz menyerahkan borang penamaan calon pada 9.03 pagi, diikuti Onn Hafiz pada 9.06 pagi.

    Pada PRN lepas, Onn Hafiz menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon PN Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran serta calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai dan selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas.

    Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah