30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN sedia hadapi PRN, akan letak calon di semua kerusi DUN Melaka

    Shopee Sale

    PN mengesahkan akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

    Timbalan Presiden PN, Muhyiddin Yassin, berkata pembahagian kerusi akan dimuktamadkan menerusi rundingan bersama parti komponen bagi memastikan strategi terbaik dapat dirangka untuk meraih kemenangan.

    Dia berkata PN kini berada dalam keadaan bersedia menghadapi pilihan raya dengan jentera di semua peringkat sedang diperkukuhkan, manakala ketua-ketua bahagian Bersatu diminta mengemukakan nama calon yang layak untuk dipertimbangkan.

    Menurut Muhyiddin pengundian calon akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuk keperibadian dan integriti yang baik, rekod kerja cemerlang, pengalaman serta hubungan rapat dengan masyarakat setempat.

    MENARIK:  Jakim anjur solat hajat solidariti Palestin sepanjang Ramadan

    “Semua orang boleh menawarkan diri untuk bertanding, tetapi kita mahukan tokoh yang mempunyai keperibadian dan pekerja yang baik, mempunyai pengalaman serta dekat dengan penduduk,” katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Melaka di Klebang malam tadi.

    Bekas perdana menteri itu turut memaklumkan PN akan meneruskan rundingan dengan parti lain yang berminat bekerjasama menjelang PRN Melaka dengan sebarang pembahagian kerusi diputuskan menerusi rundingan bersama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah