Kumpulan sami Buddha dari sebuah biara di Tambun, Perak memohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu menyelamatkan rumah ibadat itu daripada perobohan.
Sami dari Biara Gua Sakyamuni, Gunung Kanthan, dalam kawasan parlimen Anwar itu,
memohon kerajaan pusat mengisytiharkan biara serta kawasan bukit sekitarnya sebagai tapak warisan negara bagi memastikan dipelihara.
“Dia (Anwar) boleh saja menyelesaikan isu ini dengan segores pena kerana dia bukan sekadar ahli parlimen Tambun tetapi dia juga perdana menteri.

“Dia mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan bahawa biara serta kawasan lereng bukit ini adalah tapak warisan negara,” kata peguam mereka N Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
Ketua sami Biara itu Bhante Kusala berkata permohonan untuk mendapatkan status warisan itu telah dibuat beberapa kali sebelum ini, namun belum mendapat kelulusan sehingga kini.
[Berita penuh menyusul]





