29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM yakin potensi setiap rakyat dalam prospek cerah ekonomi

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.

    Berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor hari ini, Anwar berkata kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.

    “Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

    “Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata Anwar dalam akaun Facebooknya.

    MENARIK:  DAP sampaikan pendirian pada Zahid, tak setuju gesaan boikot KK Mart

    Laporan video WEF menekankan bahawa Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah