32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM: Malaysia bantu rundingan, keputusan terpulang pada Thailand-Kemboja

    Shopee Sale

    Pendirian Malaysia adalah untuk membantu dalam proses rundingan dan memastikan permusuhan dihentikan dalam isu sempadan Thailand dan Kemboja, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Keputusan itu sepenuhnya terpulang kepada pihak Thailand dan Kemboja. Kami (Malaysia) tidak membuat keputusan,” katanya ketika menjawab soalan pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

    Dia menyifatkan kritikan yang dilemparkan terhadap Malaysia adalah berasaskan kejahilan dan prasangka semata-mata.

    “Ini kerana sebarang keputusan, sama ada berkaitan Perjanjian Damai Kuala Lumpur, mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum, serta pertemuan yang diselaraskan oleh Menteri Luar (Malaysia), saya sendiri, Presiden (Amerika Syarikat) Donald Trump dan kini Menteri Luar China Wang Yi, semuanya dilaksanakan selaras dengan Perjanjian Damai Kuala Lumpur, serta dengan kefahaman dan persetujuan penuh kedua-dua negara (Thailand dan Kemboja),” katanya.

    Menurut Anwar, dia sentiasa mengambil pendekatan yang “sangat berhati-hati” dan “berwaspada” dalam membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.

    “Dan Panglima Angkatan Tentera (Malaysia) turut menghubungi kedua-dua pihak, begitu juga Menteri Luar (Malaysia) yang sentiasa berhubung dengan kedua-dua Menteri Luar,” katanya.

    Terdahulu dalam sidang media itu, Anwar berkata dia mengalu-alukan persetujuan Kemboja dan Thailand untuk memperkukuh gencatan senjata melalui rundingan secara langsung yang diadakan di China.

    MENARIK:  RUU Mufti beri pihak berkuasa agama kuasa tanpa pengawasan - SIS

    Peralihan pantas daripada penghentian permusuhan kepada perbincangan susulan yang tersusun mencerminkan keazaman untuk mengelakkan ketegangan berulang dan menstabilkan keadaan secara lebih mampan, katanya.

    “Saya menghargai perananan China dalam menjadi tuan rumah perbincangan ini dan menyediakan ruang yang membolehkan kedua-dua pihak memberi tumpuan kepada langkah-langkah praktikal bagi mengurangkan risiko dan membina semula keyakinan. Fasilitasi sebegini amat bernilai apabila ia menyokong usaha meredakan ketegangan dan memperkukuh usaha serantau,” katanya.

    Anwar turut mengiktiraf perananan penting Trump, yang penglibatannya membantu memudah cara Perjanjian Damai Kuala Lumpur, sekali gus meletakkan asas kepada penghentian permusuhan.

    “Penglibatan itu telah membantu mewujudkan ruang politik yang membolehkan kedua-dua pihak berundur daripada konfrontasi dan komited kepada sikap menahan diri,” katanya.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah