34.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes ceroboh tanah di Bukit Lagi

    Shopee Sale

    Seorang aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi di Kangar.

    Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di di Mahkamah Majistret Kangar.

    "Permohonan reman terhadap lelaki ini bagi (siasatan mengikut) Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibenarkan selama dua hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Trump sah hadir sidang kemuncak Asean di KL pada Oktober - Anwar

    Pada 4 Sept, media melaporkan aktivis yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di Kangar.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Bagaimanapun, aktivis itu ditahan semula apabila tempoh reman itu berakhir semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah