31.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN NS: SPR sasar kadar keluar mengundi capai 75 peratus

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kadar keluar mengundi mencapai antara 72 dan 75 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, pada Sabtu ini.

    Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata sasaran itu berdasarkan suasana kempen serta sambutan menggalakkan daripada pengundi di seluruh negeri yang dijangka mendorong lebih ramai menunaikan tanggungjawab mereka.

    “Untuk Sabtu ini, berdasarkan kepada suasana berkempen yang sengit di Negeri Sembilan ini, kita percaya penyokong akan ramai keluar mengundi.

    “Insya-Allah, kita sama-sama doa dan berharap supaya semua pengundi dapat keluar mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tertib,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hari ini.

    Dalam pada itu, Ramlan berkata SPR menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada 16,467 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan mereka keluar mengundi hari ini.

    Setakat 10 pagi, kadar keluar mengundi awal direkodkan sebanyak 34.26 peratus.

    MENARIK:  Tak perlu usul calon PM pada muktamar PAS - Tuan Ibrahim

    Beliau berkata jumlah pengundi awal yang layak mengundi berubah daripada 22,339 kepada 16,467 berikutan sebahagian pengundi sebelum ini memohon untuk mengundi awal telah bertukar kepada kaedah pengundian secara pos.

    Beliau berkata SPR tidak menyasarkan kadar keluar mengundi 100 peratus kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk perubahan status pasangan dalam kalangan anggota keselamatan itu.

    Sementara itu, Ramlan berkata pihaknya menerima 206 aduan berkaitan kesalahan pilihan raya membabitkan bahan kempen setakat ini.

    Kesemua 38 pusat mengundi awal dibuka serentak pada 8 pagi dan akan ditutup berperingkat mengikut lokasi, dengan 18 pusat ditutup pada 12 tengah hari, dua pusat pada 2 petang, manakala baki 18 pusat ditutup pada 5 petang.

    PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan hari mengundi bagi 867,151 pengundi ditetapkan Sabtu ini.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah