Seorang wanita nekad membatalkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas mendakwa bakal suaminya tidak sekufu dari segi cara berfikir, terutama membabitkan soal perancangan kehidupan selepas berkahwin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Batal Kahwin Dengan Lelaki Lain, Nikah Dengan Aiman Tak Kesah Di Thailand
Batal kahwin

Menerusi hantaran di Threads, wanita itu berkata keputusan tersebut bukan dibuat kerana faktor pendapatan, sebaliknya disebabkan dia melihat terlalu banyak perkara yang tidak seimbang dalam hubungan mereka.
Saya terpaksa reject lelaki bujang yang nak kahwin dengan saya bulan 10 nanti. Bukan sebab gaji dia RM2,000 tapi sebab saya nampak banyak perkara yang tak seimbang.
Saya kerja kerajaan dengan gaji RM3,000 lebih, rumah dan kereta semuanya saya usahakan sendiri.
Tapi dari awal lagi dia dah merancang nak guna kereta saya sebagai kereta keluarga, tinggal di rumah saya, ubah rumah ikut kehendak dia, malah saya pula yang kena berjimat.
Menurut wanita itu lagi, apa yang lebih mengecewakannya apabila hampir semua keputusan berkaitan perkahwinan ditetapkan oleh lelaki tersebut tanpa mengambil kira pandangan dirinya mahupun keluarga.
Lebih mengecewakan, hantaran pun dia sendiri yang tetapkan RM5,000 dengan alasan saya janda. Majlis pula dia hanya nak akad nikah secara ringkas tanpa mengikut adat atau berbincang dengan kedua-dua belah keluarga.
Semua keputusan seolah-olah dibuat sendiri tanpa mengambil kira pandangan saya dan keluarga. Saya tak mencari lelaki kaya.
Saya cuma mahukan pasangan yang datang untuk membina kehidupan bersama, saling menghormati, berbincang dan berkongsi tanggungjawab.
Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ramai menyokong keputusannya untuk menarik diri sebelum perkahwinan berlangsung sekiranya sudah melihat tanda-tanda tidak sefahaman.
Ramai berpendapat soal pendapatan bukan ukuran utama dalam sesebuah perkahwinan, sebaliknya sikap, rasa tanggungjawab dan toleransi merupakan asas penting dalam membina rumah tangga yang harmoni.
Sumber: Threads
The post ‘Dia Nak Guna Kereta Saya Jadi Kenderaan Keluarga’ – Wanita Batal Niat Kahwin Sebab Bakal Suami Tak Sekufu Cara Berfikir first appeared on OHBULAN!.





