29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN sambut baik teguran Istana N Sembilan, pesan hormati institusi raja

    Shopee Sale

    BN menyambut baik teguran pihak Istana Negeri Sembilan supaya tidak menyentuh isu 3R (bangsa, agama dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

    Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini parti itu dapat berkempen dengan berhemah tanpa melanggar peraturan ditetapkan.

    "Alhamdulillah kempen-kempen yang kita jalankan juga tidak menyentuh perkara itu.

    "Mungkin ada pihak lain yang menyentuh mengenai perkara itu, sebab kami berpegang bahawa institusi raja-raja mesti dipertahankan.

    "Dan dalam konteks Negeri Sembilan, institusi Undang Yang Empat juga harus dipertahankan dan kami tidak pernah menyentuh (isu itu)," katanya ketika ditemui selepas program Himpunan Usahawan Bumiputera 2026 di Sendayan, hari ini.

    Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Istana Negeri Sembilan menegaskan ia sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak terlibat dengan mana-mana parti atau kegiatan politik.

    Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembila, kata Azizi Mohamad Ali berkata istana juga menasihatkan parti-parti politik tidak mengaitkan istana semasa ceramah dan kempen PRN yang sedang berlangsung.

    “Institusi raja merupakan payung perpaduan rakyat yang berperananan memelihara keharmonian, kestabilan serta kesejahteraan negara.

    “Sehubungan itu, institusi diraja sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

    Azizi menegaskan bahawa sebarang dakwaan, kenyataan, gambar, video atau bahan yang mengaitkan Istana Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar atau kerabat dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.

    MENARIK:  Hadi: Kerjasama PN-BN melangkaui 'perkahwinan'

    Kenyataan Istana Negeri Sembilan hadir susulan klip video tular kempen yang dikaitkan dengan BN dalam satu ceramah kelompok.

    Melalui video yang disiarkan di BNComms Rembau, seorang penceramah mendakwa menteri besar sementara Aminuddin Harun pergi ke istana atas arahan DAP.

    "Hari ini bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab apa? Sebab desakan daripada DAP.

    "Aminuddin pergi ke istana sebab arahan daripada DAP, tuan-tuan bayang apa maruah kita sampai istana, sampai negeri, sampai kuasa negeri kita, sampai menteri besar kita dipegang oleh DAP," kata penceramah dalam video berkenaan.

    Sementara itu Zahid menegaskan BN menghormati institusi diraja dan mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyentuh isu berkenaan.

    "Sebaliknya kami menghormati institusi berkenaan dan untuk untuk itu saya ingin ingatkanlah ya mana-mana pihak yang menyentuh mengenai perkara itu tak perlu sentuhlah.

    "Ini adalah merupakan satu ingatan yang baik oleh pihak istana ya," tambah Zahid lagi.

    Dalam pada itu Zahid turut menyeru tentera dan polis yang mengundi awal esok supaya memberi sokongan kepada calon BN.

    Katanya, BN akan melakukan yang terbaik untuk tentera dan polis serta keluarga mereka jika diberikan mandat kelak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah