Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kontroversi tanah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang.
Dalam ucapannya pada sambutan Hari Polis ke-218 pagi tadi, Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya sebelum ini mahupun sekarang.
Sambil berkata ia perlu dipindahkan, dia menegaskan bahawa kuil itu bukanlah rumah ibadat pertama yang telah dipindahkan atau dirobohkan kerana melanggar undang-undang.
“... soal pembinaan masjid di tapak yang ada kuil yang tidak mendapat izin. Ada orang tak mahu sebut, bukan kuil haram, tak apalah istilah.
“Tapi kuil itu tidak dapat izin milik tanah dari tuan tanah, sama ada (tuan tanah) dulu DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau sekarangnya syarikat (yang memilikinnya).
“Jadi kita negara hukum. Negara hukum ini ikut hukum dan oleh kerana nak jaga hubungan antara kaum, kita lakukan sesuatu yang tidak semestinya perlu iaitu runding dengan baik
kerana bagi mereka (penganut agama Hindu) itu tempat kepecayaan dan amalan agama harus dipindahkan dengan baik,” kata Anwar.
[Berita penuh menyusul]





