26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM hadir sidang kemuncak tergempar Arab – Islam Isnin ini

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar pada Isnin ini bagi membincangkan serangan Israel terhadap negara itu.

    Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri.

    “Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam ini akan dihadiri oleh para pemimpin dan wakil-wakil Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan akan didahului oleh Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri Arab-Islam pada 14 Sept 2025,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, penyertaan Perdana Menteri menunjukkan sokongan penuh dan solidariti terhadap Qatar serta kesinambungan usaha Malaysia dalam mempertahankan hak rakyat Palestin dan mengecam kekejaman serta keganasan Israel.

    Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada sidang kemuncak itu bagi menegaskan pendirian Malaysia bahawa keamanan serantau dan dunia akan terus terancam sekiranya Israel dibiarkan mencabuli undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan negara.

    MENARIK:  ‘Bekas pengikut GISBH akan dipanggil bantu siasat dakwaan sesat’

    “Sidang kemuncak ini dijangka meluluskan satu resolusi yang menggariskan tindakan dan pendirian bersama negara-negara anggota dalam menangani isu ini,” menurut kenyataan itu.

    Pada Selasa lepas, Israel menyerang sebuah kawasan kediaman di Doha yang menempatkan pemimpin Hamas.

    Serangan itu meragut nyawa lima anggota Hamas dan seorang pegawai keselamatan Qatar ketika mereka sedang membincangkan cadangan baharu daripada Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan peperanangan di Gaza.

    Qatar bersama AS dan Mesir sebelum ini menjadi pengantara dalam rundingan bagi menamatkan peperanangan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah