28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR amalkan nepotisme? Tak pernah, kata Fahmi

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil hari ini menolak dakwaan parti itu mengamalkan nepotisme ekoran timbulnya desakan yang kian meningkat supaya Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden.

    Kata Fahmi, isu nepotisme tidak timbul kerana Nurul Izzah - yang merupakan anak kepada Presiden PKR dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, juga merupakan naib presiden parti berkenaan.

    “Tak pernah. Nurul Izzah merupakan naib presiden. Beliau memegang jawatan itu sekarang.

    "Jadi isu seperti itu (nepotisme) tidak timbul," katanya pada sidang media mingguannya di Putrajaya petang ini.

    Menteri Komunikasi itu diminta wartawan menjawab kritikan terhadap PKR yang dikaitkan dengan amalan nepotisme jika akhirnya Nurul Izzah memilih untuk bersaing merebut jawatan nombor dua parti.

    Ketika ini jawatan timbalan presiden disandang oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Setakat ini Rafizi sudah menyatakan kesediaannya mempertahankan jawatan tersebut.

    MENARIK:  Lebih 16,000 penunggang, pemilik motosikal dikenakan tindakan

    Andainya Nurul Izzah bertanding dan memenangi pengundian parti bagi jawatan peringkat pusat pada 23 Mei ini, PKR akan dipimpin oleh gandingan bapa dan anak.

    Memberitahu media agar merujuk kenyataan akhbar yang dikeluarkannya dan beberapa lagi pemimpin cabang PKR di Kuala Lumpur sebelum ini, Fahmi berkata, PKR adalah sebuah parti yang meraikan demokrasi.

    "Kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota parti untuk membuat pilihan pemimpin yang mereka rasaya cocok dan sesuai dengan harapan, aspirasi, serta apa juga yang mereka dambakan bagi penggal 2025 -2028," katanya lagi.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah