Kerajaan mahu meminda undang-undang kewarganegaraan berkaitan anak terbuang bagi mengelakkan ia disalahgunakan oleh warga asing, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Berucap di Dewan Rakyat petang ini, dia berkata terdapat kes pasangan warga asing meninggalkan bayi yang baru lahir selepas bersalin di hospital kerajaan.
Menurut Saifuddin, ia dilakukan secara sengaja oleh warga asing kerana mereka tahu bahawa kanak-kanak itu secara automatik boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia mengikut Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
“Ia pernah berlaku sebelum ini di mana ibu warga asing yang pasangannya juga warga asing, jadi jelas kedua-duanya bukan warganegara Malaysia, bersalin di hospital dan kemudian keluar tanpa menjelaskan bil hospital.
“Bil hospital yang tidak dibayar oleh warga asing ini mencecah ratusan juta ringgit. Kita ada angkanya.
“Sebab mereka tinggalkan begitu sahaja (anak baru lahir) kerana mereka tahu bawah 19B, anak yang lahir di negara ini boleh mendapat kerakyatan. Jadi mereka tinggalkan sahaja.
"Ini tidak berlaku pada 1963. Tetapi sekarang, dengan 3.5 juta warga asing di sini, ia telah mengubah landskap komposisi negara kita. Jadi, pindaan yang akan kita cadangkan ini adalah untuk menyediakan kita," kata menteri itu.
"Pernah berlaku juga warga asing, yang bukan warganegara, bersama pasangannya juga warga asing, terang-terang bukan warganegara, berlaku kelahiran bayi di hospital, mereka keluar begitu saja, bil hospital tak bayar.
"Bil hospital tak berbayar oleh warga asing ini ratusan juta. Angka kita ada. Sebab itu ditinggalkan begitu saja, sebab dia pun tau bawah 19B, anak lahir di sini dia kata boleh dapat terus (kewarganegaraa).
"Ini dulu tak berlaku pada 1963. Sekarang dgn 3.5 juta warga asing, dia mengubah landskap dari segi komposisi dalam negara kita
sebab itu pindaan hari ini adalah untuk persiapan hari muka," kata menteri itu.
Dalam erti kata lain, katanya, ia terpakai kepada anak-anak terbuang tanpa jejak siapa ibu bapa mereka.





