25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anak Amyza Adnan Raih Pujian, Tetap Dahulukan Solat Meski Lewat Ke Sesi Temu Bual

    Shopee Sale

    Anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam, sekali lagi menyorot perhatian apabila tetap mengutamakan tuntutan wajib sebagai seorang Muslim meskipun lewat untuk menghadiri sesi temu bual yang telah dijadualkan.

    Artikel Berkaitan: Pak Nil Lancar Tabung Bantuan Buat Anak Amyza Aznan – ‘Wang 100% Untuk Perubatan & Saraan Adrian Adam’

    Artikel Berkaitan: Individu Seru Komposer Buat Lagu Untuk Anak Amyza Aznan, Aisha Retno Respon – ‘Saya Nak Jikalau Beliau Sudi’

    Jalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Adrian dilihat sedang duduk di atas kerusi sambil menadah tangan berdoa sejurus selesai menunaikan solat fardhu.

    Difahamkan, Adrian sepatutnya menghadiri sesi temu bual di sebuah stesen radio namun tetap mengutamakan ibadah wajib terlebih dahulu.

    Ketika ini mereka hendak pergi sesi temuramah.

    Tapi seorang anak yang baik, Adrian tetap utamakan solat terlebih dahulu walaupun difahamkan mereka sudah agak lewat.

    Allah sembuhkan lah Adrian. Semoga lebih ramai mendoakan Adrian melalui perkongsian ini.

    Semoga lebih ramai mereka di luar sana yang mempunyai rezeki yang lebih untuk membantu keluarga Kak Amyza.

    Doa netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak lelah menitipkan doa buat Adrian agar bebas daripada penyakit kanser tulang.

    MENARIK:  ‘Kacamata’ Mewakili Era Lagu-Lagu Pop Afgan – ‘Single Ini Amat Tepat Untuk Buka Tirai Album Baharu’

    Sumber: Threads @yanaothman_official

    The post [VIDEO] Anak Amyza Adnan Raih Pujian, Tetap Dahulukan Solat Meski Lewat Ke Sesi Temu Bual first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah